Wednesday, November 20, 2019
updated 12:03 PM UTC, Nov 20, 2019

Bot besi 100 tahun lalu yang tersangkut di Air Terjun Niagara beralih lokasi akibat cuaca buruk

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Bot besi yang tersangkut sejak lebih 100 tahun lalu di Air Terjun Niagara beralih lokasi akibat cuaca buruk.

Pengurus Kanan Taman Niagara, Jim Hill berkata bot berkenaan terbalik ke sebelah tepi dan teralih kira-kira 50 meter dari lokasi asal.

Hujan dan angin kencang yang melanda kawasan terbabit dipercayai menjadi punca perkara berkenaan.

Bot yang dikenali sebagai "Iron Scow" itu merupakan mercu tanda Air Terjun Niagara.

Ia tersangkut di batu kira-kira 600 meter dari hujung air terjun sejak 1918.

Niagara yang terdiri daripada tiga air terjun merentasi Amerika Syarikat dan Kanada merupakan tarikan pelancong.