Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

13 terkorban manakala 20 yang lain cedera dalam serangan bom kereta di sebuah pasar bandar sempadan Syria-Turki

  • Published in Berita Dunia

TAL ABYAD, SYRIA - 13 terkorban manakala 20 yang lain cedera dalam serangan bom kereta di sebuah pasar bandar sempadan Syria-Turki.

Serangan berlaku di bandar Tal Abyad yang dikawal tentera Turki.

Kementerian Pertahanan Turki mendakwa serangan dilancarkan Unit Perlindungan Rakyat Kurdis Syria, YPG yang membalas operasi ketenteraan ke atasnya.

Serangan berlaku di sebalik kawalan ketat tentera Turki dan Rusia di zon selamat merangkumi kawasan antara bandar Tal Abyad dan Ras al-Ain.

YPG dan wakil Kurdis Syria bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap tuduhan Ankara.