Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

10 maut pertempuran di Garisan Kawalan Kashmir

  • Published in Berita Dunia

KASHMIR - Tentera India dan Pakistan saling berbalas tembakan meriam di Garisan Kawalan Kashmir yang memisahkan kedua-dua negara.

Pertempuran terbaharu ini meragut 10 nyawa termasuk orang awam.

Tentera kedua-dua negara saling tuduh menuduh siapa memulakan pertempuran.

Ketua tentera India, Jeneral Bipin Rawat mendakwa, pencerobohan sempadan semakin meningkat sejak 5 Ogos lalu.

Pakistan didakwa membedil Kupwara yang membunuh 3 anggota tentera India dan seorang penduduk dengan 3 lagi mengalami kecederaan.

Turut musnah adalah kediaman penduduk daerah tersebut.

Tentera India kemudian bertindak balas dengan mendakwa menjadikan kem pejuang pemisah Kashmir sebagai sasaran.

Serangan itu menurut Islamabad, menyasarkan penduduk membunuh 6 orang dan wanita serta kanak-kanak turut dilaporkan cedera.