Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Wilayah Persekutuan perkemas SOP pengendalian Bazar Ramadan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Mac - Masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini diteruskan atau ditiadakan.

Sementara memantau keadaan semasa, perbincangan dengan pihak berkaitan dilakukan bagi merangka pelan baharu pengurusan bazar.

Rancangan itu nanti akan meneliti mekanisme bertujuan mengelak orang ramai bersesak di gerai jualan.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya tidak akan tergesa-gesa membatalkan penganjuran bazar

Sebaliknya, beliau mahu prosedur operasi standard ditambah baik.

Keputusan itu nanti akan mengambil kira segala aspek termasuk status pandemik COVID-19 dan keperluan masyarakat.

Tan Sri Annuar ditemui selepas meninjau Operasi Bersepadu Sanitasi Awam COVID-19 di Putrajaya.