Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Washington tamatkan fasa nasihat "berada di rumah"

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 31 Mac - Gabenor Washington, Jay Inslee mengumumkan fasa menasihati orang ramai untuk kekal berada di rumah tamat.

Justeru, pihaknya bakal mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang ingkar perintah berkenaan.

Beliau mendedahkan, rata-rata syarikat perniagaan tidak patuh dengan perintah berkenaan.

Justeru, pihaknya mengambil keputusan untuk menarik balik lesen perniagaan, jika terus berdegil.

Lain-lain tindakan perlu juga turut diambil.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran perintah berkenaan, disaran menghubungi terus pihak berkuasa.

Sementara itu di New York, bangunan ikonik, Empire State, menyalakan lampu seakan siren ambulans, sebagai penghormatan kepada petugas barisan hadapan.

Lampu merah dan putih itu dipasang di puncak bangunan.

Menerusi ketinggian hampir 500 meter, nyalaan itu dapat dilihat dari seluruh pelusuk bandaraya berkenaan.

Secara purata, 250 kes baharu Covid-19 dilaporkan setiap hari di New York.