Logo

KKMM dan MDEC sambut baik Pakej PRIHATIN

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta agensi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri, Jumaat lepas.

Pakej bernilai RM250 bilion bagi membantu rakyat khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat wabak COVID-19, bertepatan dengan slogan tiada golongan akan tersisih.

Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah yakin, dana RM600 juta kepada sektor telekomunikasi, multimedia dan ekonomi digital, bakal membantu industri ini secara keseluruhan.

Menerusi kenyataan media, pakej berkenaan akuinya, selaras dengan seruan Kementerian untuk PKS menggunakan peluang ini semasa tempoh perintah kawalan pergerakan, memandangkan ekonomi digital merupakan penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK).

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri pula yakin, perniagaan dalam talian akan menjadi lebih rancak dengan bantuan RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang merupakan fokus utama MDEC.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.