Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

Wuhan makin pulih, bank pusat China suntik 50 bilion yuan ke dalam sistem kewangan negara

  • Published in Berita Dunia

WUHAN, 31 Mac - Bandar Wuhan yang menjadi pusat penyebaran virus di China dilihat mula beroperasi seperti biasa apabila peniaga mula membuka kedai-kedai selepas pihak berkuasa wilayah itu menarik balik kawalan anti-virus.

Namun pelanggan dilihat masih kurang selepas puluhan juta penduduk bandar itu dipaksa berada di rumah dalam tempoh dua bulan.

Bank pusat China pula telah mengambil langkah mengurangkan kadar faedah ke atas pinjaman kepada bank dengan margin terbesar dalam tempoh lima tahun dan menyuntik 50 bilion yuan ke dalam sistem kewangan untuk membantu ekonomi kedua terbesar dunia itu bagi menempuh kesan wabak COVID-19.