Logo

Kes positif COVID-19 di Itali meningkat kepada 101,739

ITALI, 31 Mac - Itali merupakan negara kedua merekodkan kes paling tinggi COVID-19 di luar China selepas Amerika Syarikat mengesahkan 812 kes kematian baharu menjadikan keseluruhan sebanyak 11,591 kematian.

Manakala sebanyak 4,050 kes baharu menjadikan kes positif terkumpul kepada 101,739.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu turut mengumumkan pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan keseluruhan pulih seramai 14,620 orang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.