Wednesday, May 27, 2020

updated 8:43 AM UTC, May 27, 2020

Trump arah penjarakan sosial dilanjutkan sehingga 30 April

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON, 31 Mac - Kes positif pandemik COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 771,765 kes dengan jumlah kematian sebanyak 37,001.

Amerika Syarikat dan Itali kini mendahului China dengan perkembangan kes di negara itu semakin positif.

Presiden Donald Trump memutuskan perintah kuarantin sendiri dan penjarakan sosial di seluruh negara dilanjutkan sehingga 30 April ini.

Trump membuat keputusan itu selepas menjangkakan kes kematian dan jangkitan COVID-19 akan meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang.

Negara itu kini merekodkan lebih 158,290 kes positif tambahan 14,799 kes dengan 350 kematian baharu menjadikan keseluruhan 2,933 kes.