Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Protes di Hong Kong memuncak selepas dua aktivis pro-demokrasinya ditikam

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Protes berterusan di Hong Kong memuncak selepas dua aktivis pro-demokrasinya ditikam.

Insiden membawa kepada perhimpunan lebih besar dengan penunjuk perasaan membaling bom petrol ke arah polis.

Pasukan keselamatan pula membalas dengan menembak meriam air dan melepaskan gas pemedih mata.

Biarpun dilarang untuk mengadakan perhimpunan di kawasan beli belah Tsim Sha Tsui, namun perkara itu tidak diendahkan penunjuk perasaan.

Malah lebih ramai peserta menyertai demonstrasi terbabit dengan jumlah penglibatan dianggar mencecah puluhan ribu orang.

Sama seperti demonstrasi terdahulu, perhimpunan bermula aman.

Namun ia kemudiannya bertukar kecoh apabila ada daripada peserta bertindak membaling bom petrol kepada polis, stesen keretapi bawah tanah dan bank selain merosakkan beberapa kedai.

Keadaan memaksa polis mengambil tindakan tegas termsauk menggunakn peluru getah dan baton.

Pihak berkuasa turut menggunakan meriam air yang melepaskan air bewarna biru yang turut mengandungi lada bertujuan mengenalpasti peserta demonstrasi.