Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Pemilihan Presiden Bolivia, Morales dakwa sudah menang

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Penyandang Presiden Bolivia, Evo Morales mendahului pemilihan presiden negara terbabit.

Beliau bagaimanapun telah mengumumkan kemenangannya menjawat jawatan itu untuk penggal ke-4 berturut-turut.

Dalam kiraan awal membabitkan 83% undian, Morales menguasai 45% daripada keseluruhan undi berbanding pencabarnya Carlos Mesa yang mendapat 38% undi.

Morales yakin menang kerana mendakwa mempunyai sokongan kuat terutama di kalangan pengundi di peringkat akar umbi.

Berdasarkan undang-undang pilihan raya Bolivia, sekiranya tiada calon yang mendapat 50% undi, dua calon yang menguasai kedudukan teratas perlu bertanding dalam peringkat pemilihan susulan.

Sekiranya situasi itu berlaku, pemilihan susulan dijangka mengambil tempat 15 Disember ini.

Selain Morales dan Mesa, seorang paderi kelahiran Korea Selatan Chi Hyun Chung turut mengambil bahagian.

Morales terkenal dengan pembiayaan projek kebajikan, kesejahteraan awam dan mengurangkan kadar kemiskinan negara terbabit sejak mengambil alih pemerintahan pada 2006.

Popularitinya bagaimanapun tercalar dengan dakwaan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang dikaitkan dengannya.