Tuesday, November 19, 2019
updated 5:17 AM UTC, Nov 19, 2019

Demonstrasi bantah hina Islam - 4 maut, lebih 50 cedera

  • Published in Berita Dunia

BHOLA - Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan lebih 50 lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan terhadap ribuan umat Islam Bangladesh yang membantah kenyataan menghina Nabi Muhammad.

Kenyataan itu didakwa dimuat naik seorang pemuda Hindu sehingga mencetuskan ketegangan di bandar Borhanuddin, Bhola.

Tunjuk perasaan diadakan kira-kira 20 ribu penduduk Islam yang menuntut hukuman bunuh ke atas suspek.

Suspek ditahan semalam atas tuduhan mencetuskan ketegangan agama.

Sementara itu, polis berkata, mereka terpaksa melepaskan tembakan selepas keselamatan diri diancam apabila penunjuk perasaan mula melontar batu ke arah pihak berkuasa.

Jurucakap Hospital Bhola, Sadar Hospital berkata, kematian mungkin meningkat kerana tujuh daripada 43 mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal.

Saksi berkata, antara mangsa yang maut adalah pelajar madrasah berusia 14 tahun.