Wednesday, May 27, 2020

updated 7:18 AM UTC, May 27, 2020

Thailand catat 2 lagi kematian Covid-19

  • Published in Berita Dunia

BANGKOK, 30 Mac - Thailand merekodkan 2 lagi kematian ekoran COVID-19, termasuk seorang rakyatnya yang baru pulang dari Malaysia, menjadikan jumlah kematian di negara itu kepada 7 orang.

Thailand mencatatkan 143 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 1,388 kes.

2 kematian adalah membabitkan seorang lelaki dari Yala, selatan Thailand, berusia 54 tahun yang menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi serta baru kembali dari Kota Baharu, Kelantan pada 13 Mac lalu.

Seorang lagi mangsa berusia 68 tahun dari Wilayah Nonthaburi, yang telah menyaksikan pertandingan Muay Thai di sebuah stadium yang dihadiri ramai penonton di Bangkok, pada 6 Mac.

Kluster di stadium Muay Thai adalah antara kluster terbesar di negara itu.

Media tempatan melaporkan kira-kira 2,500 orang menyaksikan perlawanan berkenaan pada hari tersebut dan kematian lelaki itu merupakan kematian ke 2 daripada kluster tersebut.

30 kes lagi adalah daripada kluster yang tidak diketahui dan siasatan masih berjalan untuk mengesahkan sumber jangkitan penyakit itu.

Thailand telah mengumumkan perintah darurat bermula tengah malam 26 Mac sehingga 30 April dalam usaha membendung pandemik itu.