Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

PKP: ATM wujudkan 4 pasukan khas kendali dron

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Empat pasukan khas akan diwujudkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengendalikan lapan dron sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi berkata, dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) memudahkan pengawasan selain menjadi mata kepada pihak berkuasa.

Dron yang dilengkapi dengan sistem pembesar suara boleh menyampaikan mesej berkaitan PKP dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil di beberapa ‘lokasi panas’.

Beliau bercakap kepada media ketika membuat tinjauan pelaksanaan penggunaan dron di Cheras.