Tuesday, November 19, 2019
updated 5:20 AM UTC, Nov 19, 2019

Anak pelakon 'Tarzan' tikam ibu hingga mati

  • Published in Berita Dunia

CALIFORNIA - Isteri pelakon popular siri tv 'Tarzan', Valerie Lundeen Ely mati ditikam anak sendiri di Selatan California.

Pasukan polis yang tiba di lokasi terpaksa menembak mati suspek, Cameron Ely 30 tahun selepas dia enggan menyerah diri.

Bagaimanapun, bapanya Ron Ely 81 tahun yang membintangi siri Tarzan terbitan NBC pada tahun 1960an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis masih menyiasat punca anak pasangan berkenaan bertindak ganas.