Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Hotel dijadikan hospital sementara di Sepanyol ekoran kurang bilik di pusat perubatan

  • Published in Berita Dunia

 

MADRID, 26 Mac - Lebih 5,000 jangkitan baharu dikesan di Sepanyol, manakala lebih 400 kematian dicatat semalam.

Berikutan wabak yang semakin mereabak, pihak berkuasa terpaksa menggunakan hotel untuk dijadikan hospital sementara.

Salah satu hotel terbaik di Sepanyol, Hotel Miguel Angel yang bertaraf 5 bintang di Madrid, diubah suai menjadi hospital untuk merawat pesakit COVID-19 yang semakin bertambah.

Hotel Miguel Angel adalah ikon di ibu kota Sepanyol yang terletak bertentangan dengan Kedutaan Amerika Syarikat.

Hotel Miguel Angel dengan jumlah 111 bilik terpaksa digunakan untuk merawat pesakit COVID-19.

Dengan kerjasama pihak berkuasa kesihatan, banyak hotel di seluruh bandar Madrid telah diubahsuai menjadi kemudahan perubatan dalam usaha membantu kekurangan bilik di hospital.

Sepanyol kini mencatat peningkatan jangkitan Covid-19 kepada 47,611 manakala jumlah kematian pula 3,445 orang.