Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

COVID-19: Perintah berkurung di Bangladesh

  • Published in Berita Dunia



DHAKA, 25 Mac
- Gusar dengan penularan wabak pandemik COVID-19, Bangladesh turut menjalankan "perintah berkurung" di negara itu.

Pihak berkuasa negara itu mula mengunci pagar kawasan kejiranan untuk memastikan penduduk tidak keluar dari kawasan mereka.

Pegawai polis yang mengawal di kawasan pagar berkenaan meminta orang ramai supaya tidak keluar.

Kerajaan turut mengarahkan semua organisasi kerajaan dan swasta untuk bercuti selama 10 hari, sehingga 4 April sebagai langkah pencegahan COVID-19.

Bangladesh turut mengumumkan sekatan penerbangan terhadap 10 negara termasuk India, Turki, Singapura, Malaysia dan Kuwait.

Setakat ini Bangladesh mencatat 39 kes dengan 4 kematian manakala lebih 2000 rakyatnya menjalani kuarantin di rumah.