3 minggu perintah kawalan pergerakan di UK
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Dunia
LONDON, 25 Mac - Kerajaan United Kingdom mengenakan perintah kawalan pergerakan bermula Isnin lalu bagi membendung penularan COVID-19.
Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, penguatkuasaan itu dijangka untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 minggu.
Tegasnya, dengan perintah berkenaan, perpusatakaan, taman permainan dan rumah ibadat perlu ditutup malah perhimpunan awam melebihi 2 orang juga di larang.
Polis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang gagal mematuhi perintah itu.
Ketika ini United Kingdom mempunyai kes positif ke-10 tertinggi di dunia dengan 8,000 kes manakala kematian pula seramai 422 orang.