Logo

COVID-19 : Thailand isytihar darurat


BANGKOK, 25 Mac
- Thailand mengisytihar darurat dalam usaha drastik menghentikan rantaian jangkitan COVID-19.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha berkata, kabinet bersetuju untuk perintah darurat selama sebulan berkuatkuasa esok.

Langkah mengisytiharkan darurat membolehkan pengutkuasaan yang sebelum ini tidak dapat dilakukan kerajaan.

Ini termasuklah melaksanakan perintah berkurung, membuat tapisan terhadap media serta membenarkan kerahan tentera.

Prayuth dalam perutusan yang disiarkan secara langsung di televisyen menggesa orang ramai bertenang dan memberi amaran agar tidak menyalahguna laman sosial susulan pengutkuasaan kini lebih ketat.

Terdapat 106 kes baharu jangkitan COVID-19 di laporkan di Thailand dengan jumlah keseluruhan kini 827 kes.

Jumlah kematian pula sebanyak 4 kes.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.