Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

COVID-19: 127 lagi maut di Iran

  • Published in Berita Dunia



TEHRAN, 24 Mac
- Iran mengesahkan 127 lagi maut akibat COVID-19.

Menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,812 kematian dengan lebih 23,000 kes positif.

Jurucakap Kementerian Kesihatannya Kianoush Jahanpour berkata, 1,411 lagi telah dijangkiti virus dalam tempoh 24 jam.

Jelasnya berdasarkan kajian terkini Jawatankuasa Epidemiologi Kebangsaan, lelaki lebih cenderung untuk terkena jangkitan dan maut berbanding wanita.

Lelaki mencatatkan 58.6% kes jangkitan manakala wanita 41.4%.

Sementara itu kematian akibat pandemik menunjukkan lelaki mendominasi sebanyak 60%.