Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

COVID-19: Kurang 3 bulan, lebih 300,000 kes di seluruh dunia

  • Published in Berita Dunia



GENEVA, 24 Mac
- Lebih 300,000 kes COVID-19 telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di seluruh dunia.

Menurut Ketua Pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, meskipun penularan pandemik itu meningkat mendadak, masih ada peluang untuk mengubahnya.

Jelas Dr Tedros, penularan mengambil masa 67 hari untuk mencapai 100,000 kes pertama.

Kemudian dalam tempoh 11 hari untuk mencapai 100,000 kes kedua, dan hanya 4 hari untuk angka 100,000 ketiga.

Tambahnya, kekurangan alat pelindung diri (PPE) buat petugas perubatan mengakibatkan mereka terdedah kepada ancaman wabak coronavirus.

Justeru beliau menggesa negara-negara G20 untuk bersama mengatasi masalah ini.

Dr Tedros dalam pada itu akan berhubung dengan ketua negara dan kerajaan G20, dan meminta mereka membantu menambah pengeluaran, mengelakkan larangan eksport serta memastikan pengedaran yang adil untuk mengekang kekurangan bekalan keperluan yang sedang melanda dunia.