Logo

Singapura catat 23 kes baharu

SINGAPURA, 23 Mac - Di Singapura, 23 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes terkini sebanyak 455.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan memaklumkan daripada 23 kes baharu itu, 18 adalah kes import.

Pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan beberapa negara ASEAN.

Republik itu turut mengumumkan sekatan ke atas pelawat jangka pendek dari seluruh dunia untuk memasuki atau transit di Singapura.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.