Logo

BNM umum turunkan SRR sebanyak 100 mata asas

 

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Bank Negara Malaysia (BNM) umum akan menurunkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) sebanyak 100 mata asas daripada 3 peratus kepada 2 peratus.

Bank Pusat menerusi kenyataan media menjelaskan, ia akan berkuatkuasa hari ini (20 Mac).

Setiap peniaga utama boleh mengambil kira Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia sehingga RM1 bilion sebagai sebahagian pematuhan SRR.

Fleksibiliti kepada peniaga utama, disediakan sehingga 31 Mac ini.

Kedua-dua langkah itu akan menambah RM30 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan.

SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari.

Hanya Kadar Dasar Semalaman (OPR) satu-satunya petunjuk pendirian dasar monetari.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.