Logo

Rakyat perlu ambil serius Perintah Kawalan Pergerakan

JOHOR BAHRU, 19 Mac - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi meminta rakyat memberi perhatian serius terhadap Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 terus menular.

Menyifatkan tempoh dua minggu ini sebagai satu ujian kritikal buat seluruh rakyat Malaysia, beliau berharap orang ramai dapat mendengar dan mematuhi arahan sebaiknya dalam membendung penularan wabak itu di negara ini.

Meskipun terpaksa keluar untuk tujuan tertentu seperti membeli keperluan asas di pasar awam dan pasar raya atau membeli ubat-ubatan, masyarakat diminta supaya mengehadkan waktu di luar selain mengamalkan penjarakan sosial.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.