Logo

COVID-19 : Solat Zohor di rumah ganti solat Jumaat pada 20 & 27 Mac


IPOH, 17 Mac - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula memperkenan solat Jumaat pada 20 dan 27 Mac ini diganti dengan solat Zohor di rumah, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak memaklumkan, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bermesyuarat Sabtu lalu, telah menyembah maklum perkara itu kepada baginda.

Menurut Yang Dipertuanya, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Sultan Nazrin turut memberi perkenan supaya masjid, surau dan musala yang terletak dalam kawasan terdapat kes positif COVID-19 ditutup sehingga selesai kerja-kerja pembersihan serta nyah kuman.

Sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah perlu dilaksana mengikut hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.