Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Rakyat Thailand disaran melancong dalam negara, bantu kembangkan ekonomi domestik

  • Published in Berita Dunia

THAILAND, 27 Feb - Di Thailand, pihak berkuasa menyembur pembasmi kuman di sebuah sekolah di Bangkok selepas tiga kes terbaru Coronavirus merebak di negara itu.

Salah seorang mangsa di Thailand adalah seorang budak lelaki berusia lapan tahun.

Dua mangsa terbaru yang semuanya warga Thailand baru kembali dari bercuti di pulau Hokkaido utara Jepun.

Sekolah itu telah ditutup selama 14 hari dan akan dibersihkan sebelum dibuka semula.

Sehingga ini, Thailand merekodkan 40 kes COVID-19 membabitkan 26 warga asing dan 14 warga tempatan.

Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul menggesa warga Thailand agar mengelakkan perjalanan ke negara-negara yang dilanda virus, sebaliknya melancong di dalam negara untuk membantu mengembangkan ekonomi domestik.