Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Seorang guru di Vienna dijangkiti wabak COVID-19, sekolah dikuarantin

  • Published in Berita Dunia

VIENNA, 27 Feb - Sebuah sekolah di Vienna terpaksa dikuarantin selepas seorang guru dijangkiti wabak maut Coronavirus .

Anggota polis ditempatkan di sekolah tersebut bagi menghentikan orang awam daripada pergi atau masuk ke kawasan sekolah tersebut.

Pihak polis menunggu langkah yang akan diambil oleh kementerian kesihatan Austria.

Sehingga kini 12 orang telah dikuarantin kerana ada hubungan langsung dengan pasangan kes pertama Coronavirus di negara itu.

Austria juga telah menutup perkhidmatan kereta api antara Jerman dan Itali.

Wabak Coronavirus kini telah merebak ke 30 negara lain.