Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

COVID-19 di utara Itali semakin memburuk

  • Published in Berita Dunia

 

ITALI, 27 Feb - Wabak Coronavirus di utara Itali bertambah buruk dengan satu lagi kematian direkodkan dan 52 kes baru disahkan.

Anggota tentera Itali dikerah memeriksa semua kenderaan sebelum membenarkan masuk ke Casalpusterlengo dan Turano Lombardy.

Pihak berkuasa kini menutup sekolah, universiti, muzium dan panggung wayang untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Sepuluh bandar di Lombardy berhampiran bandar raya Milan dengan jumlah penduduk hampir 50-ribu orang telah kuarantin.

Secara keseluruhan, 258 kes telah dilaporkan di Lombardy sejak 21 Februari lalu termasuk seorang budak berusia empat tahun dan lima kanak-kanak lain.