Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Jangkitan Coronavirus merebak ke kem tentera Chilgok

  • Published in Berita Dunia

 

KOREA SELATAN, 27 Feb - Kes Coronavirus di Korea Selatan dilaporkan merebak di kem tentera Amerika di Chilgok.

Mangsa, seorang askar berusia 23 tahun berkhidmat di pangkalan itu yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Daegu.

Kem tersebut berhampiran dengan pusat wabak Coronavirus.

Askar itu kini dikuarantin di kediamannya di luar kem tersebut.

Korea Selatan telah melaporkan 284 kes baru Coronavirus merebak di negara itu.