Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Greece catat kes pertama COVID-19

  • Published in Berita Dunia

GREECE, 27 Feb - Greece turut mengesahkan kes pertama Coronavirus merebak di utara bandar Thessaloniki.

Kementerian kesihatan memberitahu, pesakit itu adalah seorang wanita warga Greece berusia 38 tahun yang melancong ke kawasan wabak di utara Itali.

Pihak berkuasa kini sedang mengenal pasti mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit untuk diletakkan di tempat kuarantin.

Greece, sebuah negara dengan penduduk 11 juta orang menjadi tarikan kepada lebih 30 juta pelancong setiap tahun.

Setakat ini, kerajaan telah mengenal pasti 13 hospital di seluruh negara untuk dijadikan pusat rawatan pesakit wabak Coronavirus, COVID-19.