Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Kes pertama COVID-19 di Brazil merebak ke Amerika Latin

  • Published in Berita Dunia

BRAZIL, 27 Feb - Brazil mengesahkan kes pertama Coronavirus telah merebak ke Amerika Latin.

Sebuah hospital di Sao Paulo mendapati jangkitan daripada seorang lelaki berusia 61 tahun yang telah melawat Itali .

Kementerian Kesihatan Brazil menyatakan, pihaknya sedang mencari seorang penduduk Sao Paulo yang telah melancong ke Lombardy di utara Itali dari 9 Februari hingga 21 Februari.

Itali kini menjadi negara paling teruk merebak wabak Coronavirus di Eropah, dengan lebih daripada 458 kes dan 12 kematian telah dilaporkan.