Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Algeria pantau semua kontak langsung kes pertama COVID-19

  • Published in Berita Dunia

 

ALGERIA, 27 Feb - Pihak berkuasa Algeria kini berusaha mengenal pasti semua warganya yang mempunyai kontak langsung dengan seorang lelaki warga Itali yang disahkan sebagai kes pertama Coronavirus di negara itu.

Lelaki itu berasal dari Milan, Itali dan mengembara ke Ouargla di selatan Algeria.

Warga Itali itu tiba di Algeria pada 17 Februari bersama seorang lagi individu, kedua-duanya dihantar ke hospital.

Pihak berkuasa memantau setiap orang yang telah berhubung dengan pesakit berusia 61 tahun itu.