Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

Jumlah warga Amerika dijangkiti COVID-19 meningkat kepada 59 orang

  • Published in Berita Dunia

 

AMERIKA, 27 Feb - Enam lagi kes COVID-19 disahkan dalam kalangan mereka yang dipindahkan dari kapal pesiaran Diamond Princess.

Jumlah keseluruhan kes dalam kalangan rakyat Amerika kini meningkat kepada 59 orang.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika melaporkan 14 kes didalam negara manakala 45 kes lagi dalam kalangan mereka yang dipindahkan dari kapal pesiaran serta penduduk dibawa pulang dari bandar Wuhan di China.

Pihak berkuasa kesihatan memberi amaran kepada warga Amerika supaya bersiap sedia menghadapi wabak Coronavirus selepas jangkitan berlaku di beberapa kawasan lagi.

Coronavirus dipercayai berasal dari pasar yang menjual hidupan liar di bandar Wuhan dan telah menjangkiti lebih 81-ribu orang dan mengorbankan lebih daripada 2,700 orang kebanyakannya di China.