Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

Dua orang meninggal dunia di Perancis akibat dijangkiti COVID-19

  • Published in Berita Dunia

 

PERANCIS, 27 Feb - Seorang guru warga Perancis jadi korban terbaharu di Perancis akibat wabak COVID-19.

Pihak berkuasa menyatakan lelaki warga Perancis berusia 60 tahun itu dalam keadaan kritikal semasa dirawat di hospital di Paris telah meninggal dunia.

Mangsa adalah salah satu daripada tiga kes baru di Perancis, menjadikan jumlah jangkitan Coronavirus disahkan meningkat kepada 17 kes.

Mangsa pertama, seorang pelancong warga China berusia 80 tahun turut maut akibat wabak Coronavirus minggu lalu.

Sehingga kini Perancis melaporkan empat kes b.aharu akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam dengan dua daripadanya baru pulang dari Itali.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 17 individu dijangkiti virus maut itu