Wednesday, April 8, 2020

updated 11:58 AM UTC, Apr 8, 2020

24 orang terbunuh akibat rusuhan di New Delhi

  • Published in Berita Dunia

NEW DELHI, 26 Feb - Polis antirusuhan India meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar ibu negara New Delhi.

Perdana Menteri, Narendra Modi pula menasihatkan rakyatnya bertenang mahu perintah berkurung dilaksanakan di bandar itu.

Ia susulan rusuhan antara dua kumpulan pelampau agama menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Ketua Menteri New Delhi, Arvind Kejriwal turut mengarahkan anggota tentera mengawal keselamatan.

Jelasnya menerusi twitter, pihak polis tidak mampu mengawal situasi semasa.

Ketegangan tercetus sejak dua hari lalu menyaksikan pertembungan antara kumpulan perusuh yang turut menggunakan senjata api.

Ia dikatakan siri keganasan paling buruk berlaku di New Delhi sejak beberapa dekad lalu.

Situasi itu berlaku tatkala pertikaian mengenai agama semakin meruncing setelah undang-undang mengenai kewarganegaraan yang dikatakan pengkritik sebagai agenda nasionalis, Perdana Menteri Narendra Modi.

Pertikaian bermula Isnin lalu antara penyokong dan penentang undang-undang kewarganegaraan kemudian menjadi lebih ganas.

Selain 24 orang terbunuh hampir 200 yang lain cedera termasuk 60 orang terkena tembakan.