Wednesday, September 18, 2019
updated 1:59 PM UTC, Sep 18, 2019

Jepun lantik Menteri Luar, Menteri Pertahanan baharu

  • Published in Berita Dunia

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melantik Menteri Luar dan Menteri Pertahanan yang baharu, hari ini.

Beberapa ahli politik terkenal turut tersenarai dalam rombakan kabinet.

Pembentukan kabinet baharu itu sekaligus menolak spekulasi mengenai pengganti Abe yang dijangka meletak jawatan pada tahun 2021.

Ia juga mengukuhkan kedudukan Abe sebagai Perdana Menteri paling lama berkhidmat.

Dalam pengumuman di Pejabat Perdana Menteri, anak bekas Perdana Menteri Junichiro, Shinjiro Koizumi, 38 tahun dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.

Manakala, Toshimitsu Motegi menggantikan Taro Kono sebagai Menteri Luar.

Kano pula dilantik memegang portfolio pertahanan.

Abe turut mengekalkan Taro Aso sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sementara Yoshihide Suga sebagai Ketua Setiausaha Kabinet.