Monday, February 24, 2020

updated 4:51 AM UTC, Feb 24, 2020

4 kapal China berlabuh tanpa kebenaran, dua lelaki ditahan

  • Published in Nasional

LABUAN, 17 Feb - Empat buah kapal dari negara China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Labuan dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran.

Siasatan awal mendapati kapal-kapal berkenaan dikendalikan oleh dua warganegara China berumur lingkungan 55 tahun.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata, kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan.

Operasi yang kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 491B (1)(i) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih 100 Ribu Ringgit atau penjara tidak lebih 2 tahun, atau kedua-duanya.