Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Sindiket proses dadah tumpas, lebih 40kg ketamin dirampas

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 17 Feb - Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, sindiket menjadikan sebuah unit kondominium di ibu negara sebagai makmal dadah.

Helah itu bagaimanapun terbongkar apabila pihak berkuasa menggempur premis terbabit minggu lalu.

Empat lelaki berusia antara 30 hingga 49 tahun dicekup dalam operasi di Cheras itu.

Mereka termasuk dua warga Taiwan dan seorang warga China.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, siasatan mengesyaki sindiket bergiat aktif sejak dua bulan lalu.

Selain bahan memproses dadah, polis turut merampas lebih 40 kilogram ketamin dan hampir seribu 500 biji pil khayal.

Turut disita, dua kereta mewah dan sejumlah wang tunai dalam pelbagai matawang.

Suspek direman tujuh hari sehingga 19 Febuari ini.

Kes dirujuk mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.