Monday, February 24, 2020

updated 5:29 AM UTC, Feb 24, 2020

Warga Malaysia pertama positif COVID-19 pulih sepenuhnya

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 17 Feb - Seorang pesakit COVID-19 telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kes ke-9 itu, melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 41 tahun, yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berdasarkan kenyataan media KKM, pesakit tersebut juga merupakan warga Malaysia pertama yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal 22 kes; 15 orang merupakan warga China, 6 orang warga Malaysia dan seorang warga Amerika Syarikat.

Daripada jumlah tersebut hanya 13 kes masih dirawat di wad; manakala 9 kes telah discaj dari wad.