Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Lelaki maut dengan kesan tikaman, kejadian bermotifkan dendam

  • Published in Nasional

KUCHING, 17 Feb - Seorang lelaki maut dibunuh di kaki lima sebuah rumah kedai di Batu Kawa, Kuching, awal pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 37 tahun ini ditemui kira-kira pukul 3.40 pagi oleh orang ramai dengan beberapa kesan tikaman di badan.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato' Ramli Din, usaha menjejaki suspek iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun giat dijalankan.

Berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup di lokasi kejadian, suspek yang mengenali mangsa mengeluarkan senjata tajam dari pinggangnya lalu mengacu ke arah mangsa.

Kejadian dipercayai bermotifkan dendam kerana mangsa dikatakan pernah memecahkan cermin kereta suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.