Sunday, 22 May 2022

Pakistan belum bercadang bawa pulang rakyatnya di China susulan wabak Coronavirus

  • Published in Berita Dunia

ISLAMABAD, 31 Jan - Pakistan belum merancang untuk membawa pulang warga mereka yang berada di China, susulan penularan wabak Coronavirus.

Pegawai khas kepada Perdana Menteri, Dr Zafar Mirza, membuat kenyataan tersebut susulan tiga pelajar negara itu yang berada di Wuhan melancarkan kempen di media sosial merayu kerajaan bertindak segera membawa mereka pulang.

Kabia Sultana, dan dua lagi rakannya yang berada di Wuhan, menghantar video berkenaan kepada organisasi kebajikan Pakistan, Sarim Burni Welfare Trust.

Mengulas lanjut Dr Zafar berkata, peraturan kuarantin menghalang pihaknya daripada membawa keluar lebih 500 pelajar Pakistan termasuk keluarga mereka dari Wuhan.