Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Pembinaan hospital kedua Coronavirus di China, bakal siap awal Februari

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 28 Jan - Kerja-kerja pembinaan hospital baharu untuk pesakit coronavirus sudah pun berjalan.

Ia merupakan hospital kedua yang dikhususkan buat pesakit coronavirus.

Pembinaan hospital berkenaan yang meiliki kemudahan 1,300 buah katil itu dijangka selesai dalam tempoh setengah bulan.

Pada masa sama, pembinaan untuk hospital khas pertama giat dijalankan dan pembinannya dijangka selesai pada 3 Februari.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China (NDRC), sebuah agensi perancangan di negara itu merancang untuk melabur sejumlah 300 juta yuan untuk kerja pembinaan hospital baharu itu.