Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Jalan-jalan utama di Wuhan semakin lengang akibat wabak koronavirus yang sebabkan 81 kematian

  • Published in Berita Dunia

WUHAN, 28 Jan - Jalan-jalan utama di Wuhan kini semakin lengang akibat wabak koronavirus yang telah menyebabkan 81 kematian

Video di media sosial menunjukkan lebuh raya kosong manakala kedai-kedai pula ditutup.

Kerajaan China meningkatkan langkah-langkah penularan virus termasuk menggantung pengangkutan awam di 10 bandar raya.

Pihak berkuasa menutup semua pengangkutan ke wilayah Hubei, yang mempunyai 59 juta penduduk.

Tujuh bandar lain juga ditutup termasuk - Huanggang, Ezhou, Chibi, Xiantao, Qianjiang, Zhijiang dan Lichuan.

Kes corona virus dari China ini berpotensi untuk merebak ke seluruh dunia.

Presiden Xi Jinping juga telah menyatakan bahawa China sedang menghadapi "situasi paling genting " dalam menghadapi wabak pandemik coronavirus ini.