Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Para doktor tiba di lapangan terbang di Wuhan, bawa bekalan perubatan

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 28 Jan - Stesen penyiaran CCTV melaporkan, para doktor telah tiba di lapangan terbang di Wuhan dengan membawa bekalan perubatan.

Ini adalah usaha terbaru kerajaan China untuk mencegah coronavirus daripada terus merebak.

Beribu-ribu doktor telah digerakkan dari seluruh negara China untuk membantu pasukan perubatan di Wuhan

Kerajaan juga memanjangkan cuti Tahun Baru dan mengarahkan lebih banyak perniagaan ditutup bagi mengekang penyebaran wabak coronavirus.

Kerajaan China turut mengumumkan penggantungan visa dan pasport bagi 11 juga penduduk Wuhan sehingga 30 Januari.

Sehingga kini, lima juta penduduk telah meninggalkan bandar itu untuk bercuti.