Wednesday, February 19, 2020

updated 2:24 PM UTC, Feb 19, 2020

Wabak Coronavirus membimbangkan, perkhidmatan bas dari lapangan terbang Antarabangsa Pudong Shanghai digantung bermula semalam

  • Published in Berita Dunia

WUHAN, 28 Jan - Wabak coronavirus semakin meruncing, Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai menggantung perkhidmatan bas dari lapangan terbang itu bermula semalam.

Pada Sambutan Tahun Baru biasanya berjuta-juta penduduk melakukan perjalanan menggunakan kenderaan awam, tetapi ramai yang terpaksa membatalkan rancangan bercuti.

Sehingga kini, Jumlah kes yang disahkan di China meningkat kepada 2,744 pesakit.

Tetapi sesetengah pakar mengesyaki bilangan mereka yang dijangkiti lebih tinggi.

Sehingga semalam, lebih daripada 10 negara disahkan mempunyai kes coronavirus termasuk Thailand, Perancis, Jepun dan Amerika Syarikat.