Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

Coronavirus di tahap berbahaya, bandaraya Wuhan ditutup kepada orang luar

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 28 Jan - Berikutan Pihak berkuasa Wuhan menghadapi tuduhan dari orang awam kerana kegagalan bertindak balas menghadapi wabak Coronavirus Perdana Menteri China, Li Keqiang terpaksa membuat melawat pusat bandar tersebut.

Li, yang memakai sut perlindungan diri, mengucapkan terima kasih kepada anggota perubatan di Wuhan, kerana bertukus lumus menghadapi wabak Coronavirus.

Li memberitahu 2,500 lagi pekerja perubatan akan tiba dalam tempoh dua hari akan datang.

Beliau juga memeriksa dan melihat sendiri usaha anggota perubatan dalam menghadapi wabak Coronavirus di Wuhan.

Beliau turut melawat tapak pembinaan hospital baru yang dibina dalam tempoh beberapa hari lalu.

Virus maut yang melanda ibukota wilayah Hubei itu kini telah menyebabkan 81 kematian.

Bandaraya Wuhan yang mempunyai 11 juta orang telah ditutup kepada orang luar.

Manakala, 60 juta orang dari Hubei dihadkan perjalanan mereka.