Tuesday, January 28, 2020

updated 2:57 PM UTC, Jan 28, 2020

Penularan Koronavirus - Jabatan Kastam Diraja Malaysia memainkan peranan menyaring pelancong asing yang masuk ke negara ini

  • Published in Berita Semasa

KELANA JAYA - Bagi membantu membendung penularan Koronavirus di beberapa negara Asia Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut sama memainkan peranan. 

Menurut Pengarahnya, Datuk Paddy Abd Halim pihaknya telah menerima permohonan daripada Jabatan Vaterinar dalam membantu menyaring pelancong asing yang masuk ke negara ini.

Beliau menjelaskannya pada sidang media sempena Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 38 di Kelana Jaya.