Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Syarikat Transcanada Saman AS

  • Published in Berita Dunia

Calgary - TransCanada Corp menyaman kerajaan Amerika Syarikat kerana mendakwa Presiden, Barack Obama menolak pembinaan saluran paip Keystone XL.

 

Syarikat berkenaan menggunakan Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat untuk melakukan pendakwaan itu di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat.

 

Obama menolak untuk pembinaan saluran paip minyak mentah yang merentasi sempadan akhir tahun lalu.

 

Cadangan pembinaan saluran paip minyak berkenaan telah dicadangkan sejak 7 tahun lalu.

 

TransCanada juga memfailkan tindakan undang-undang di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), dengan berkata penolakan terhadap permit perancangan adalah sangat tidak wajar dan tidak relevan sama sekali.

 

Sebagai sebahagian daripada tuntutan NAFTA itu, syarikat itu telah memohon sebanyak 15 bilion sebagai jumlah saman diatas perlanggaran terhadap perjanjian.

 

Tidak memberi sebarang sumbangan jangka panjang kepada ekonomi Amerika Syarikat merupakan alasan utama Obama untuk tidak mengiktiraf syarikat Keystone November lalu.

 

Saluran paip yang direka oleh syarikat The Keystone XL adalah bertujuan untuk menghubungkan rangkaian saluran paip sedia ada di Kanada dan Amerika Syarikat untuk membawa bahan mentah dari Alberta dan North Dakota ke kilang penapisan di Illinois.