Friday, 22 October 2021

updated 8:32 AM UTC, Oct 22, 2021

Turki dan Amerika berbincang, muktamadkan urusan pembelian jet pejuang

ISTANBUL (TURKI), 18 Oktober - Sedikit berita luar negara.

Turki merancang untuk membeli jet pejuang F-16 milik Amerika Syarikat.

Menurut Presidennya Recep Tayyib Erdogan. Hasrat itu telah dibincangkan bersama Amerika Syarikat.

Tambah beliau, ini merupakan peluang bagi negara itu memiliki aset persenjataan bagi mengukuhkan sistem pertahanannya.

Sebelum ini, Ankara pernah menyertai program pembangunan jet pejuang canggih F-35 di bawah NATO pada 2019.

Jelas Erdogan, pertambahan aset baharu ini kelak, akan membantu perkukuhkan sistem pertahanan negaranya.

Bagaimanapun, pembelian kesemua aset berkenaan perlulah mendapat kelulusan di peringkat kabinet terlebih dahulu.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Berita Dunia
  • Hits: 99