Wednesday, 15 July 2020

updated 12:03 PM UTC, Jul 15, 2020

Laporan Khas

Syawal ke-3, trafik terkawal di Jalan Duta


KUALA LUMPUR, 26 Mei - 
Memasuki tiga Syawal, masyarakat patuh kepada arahan yang dikeluarkan kerajaan untuk tidak membuat pergerakan rentas negeri atau aktiviti ziarah bersempena sambutan Aidilfitri.

Tinjauan Wartawan RTM, Fabian William, di Sekatan Jalan Raya Plaza Tol Jalan Duta mendapati aliran trafik di kedua-dua arah lancar dan terkawal.

Menurutnya, terdapat sekatan jalan raya dilakukan untuk mengesan pengguna yang cuba untuk meloloskan diri.

Di arah bertentangan pula, kenderaan kelihatan berbaris sepanjang 500 meter memasuki ibu negara, namun keadaan masih terkawal.

Rata-rata pengguna memberikan alasan munasabah untuk meneruskan perjalanan.

Pegawai Pemantau Op COVID-19 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asp Loganathan Subramaniam berkata, rata-rata alasan yang diberi pengguna jalan raya adalah relevan. 

"Setakat ini alasan yang diberi boleh diterima, oleh itu kita tidak beri apa-apa kompaun atas alasan mereka yang munasabah." Jelasnya.

Teruskanlah patuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

Jika dahulu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, seterusnya, keputusannya ada di tangan anda.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Laporan Khas
  • Jumlah paparan: 270